Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau pon tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada berzina." Sesungguhnya orang yang melakukan zina , apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:
1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.
2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.
3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.
4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.
5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.
6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.
Namun perasaan mengumpat tidak lagi dirasakan sebagai satu dosa akibat mengumpat terlalu biasa dilakukan. Hakikat inilah yang perlu direnungkan oleh semua orang. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW : "wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Jangan la kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip - ngintip keaiban nya. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban nya, dan dia akan mendedahkan dia meskipon dia berada di rumah sendiri" (Hadis Riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat mendapat kerugian yang sanaga sangat besar. Pada rekod amalan merekaakan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: " Perbuatan mengumpat itu sama seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu, akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api membakar ranting kayu kering. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seseorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari mana datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui:. Sebaliknya,jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diuumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Buruknya sifat mengumpat ini, maka kita haruslah mengelakkan nya....
"Banyak kanlah berzikir agar kita JAUH dari perbuatan MENGUMPAT"
maafkan aku jika pernah mengumpat..
ReplyDelete