Monster Gurl Masak

RecipE 1


$ Muffin Vanila $


Bahan - Bahan


100gm | mentega tanpa garam
100gm | gula aising, di ayak
    2gm | garam
2 biji    | telur gred A
200gm | tepung superfine, diayak
    5gm | serbuk penaik, diayak
    2gm | esen vanila
120ml  | susu penuh krim


Cara - Cara


1. Pukul mentega, gula aising, dan garam mesin pengadun pada kelajuan sederhana hingga sebati 
2. Masukkan telur satu persatu  dan putar rata
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik . Kacau dengan spatula getah hingga sebati
4. Masukkan esen vanila dan susu dan kacau hingga sebati 
5. Susukan adunan ke dalam cawan muffin kira - kira 3/4 penuh. Bakar dalam ketuhar selama 20 -  
    25 minit. Cucuk muffin dengan lidi, jika licin bermakna sudah masak.
6. Muffin boleh disimpan selama 5 - 7 hari dalam peti sejuk. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam tempat ais. Dihidang panas atau sejuk...












RecipE 2

$  Muffin Coklat Cip & kacang Hazel $

Bahan - Bahan

100gm | mentega tanpa garam
100gm | gula aising, di ayak
    2gm | garam
  30gm | pes kacang hazel
2 biji    | telur gred A
200gm | tepung superfine, diayak
    5gm | serbuk penaik, diayak
    2gm | esen vanila
120ml  | susu penuh krim
100gm | coklat cip

Cara - Cara

1.  Pukul mentega, gula aising, pes kacang hazel dan garam mesin pengadun pada kelajuan     sederhana hingga sebati .
2. Masukkan telur satu persatu  dan putar rata
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik . Kacau dengan spatula getah hingga sebati
4. Masukkan esen vanila dan susu dan kacau hingga sebati 
5. Masukkan coklat cip dan adun seketika sahaja agar coklat cip tidak cair
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu gris. Ratakan permukaan dengan spatula getah. Bakar dalam ketuhar selama 20 - 25 minit. Cucuk muffin dengan lidi, jika licin bermakna sudah masak. 
6. Muffin boleh disimpan selama 5 - 7 hari dalam peti sejuk. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam tempat ais. Dihidang panas atau sejuk...