Tuesday, January 10, 2017

RESEPI SOTONG SUMBAT TELUR

Assallamualaikum w.b.t
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
 Hari ini Reen nak kongsi dan simpan resepi sotong sumbat telur. Resepi didalam ini haruslah yang mudah - mudah sahaja. Resepi kredit kepada pengirim resepi sedap. Terima kasih ya. Mohon halalkan ilmu dan resepi. 
Bahan - bahan:
 Beberapa ekor sotong
Bahan sumbat:
4 biji telur
3 /4 ekor udang 
1 biji cili merah
1 biji bawang 
daun bawang
garam dan lada hitam / sulah secukup rasa 
Cara - cara:
1. Kacau sebati dan goreng separuh masak
Image may contain: food
Siap inti tunggu sejuk untuk disumbat.
Bahan - bahan sambal:
*Beberapa cili kering (rendam)
*Bawang merah
*Bawang putih 
Blend bahan bertanda *
2 Batang serai
sos tiram 

Cara - cara:
1. Tumis bahan blend bersama serai sampai naik bau,garing dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram.
3. Agak - agak nak pekat sambal, masukkan sotong yang disumbat.
p/s : terima kasih tuan empunya resepi.dah lama cari resepi sotong sumbat selain sumbat pulut. 
 

No comments:

Post a Comment