Sunday, December 26, 2010

Ciri - Ciri Manusia Di waktu KEBANGKITAN!

  • Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.
  • Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.
  • Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.
  • Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.
  • Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.
  • Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.
  • Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.
  • Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.
  • Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.
  • Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.
  • Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.
  • Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.
  • Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.
  • Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.
  • Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.
  • Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.
  • Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.
  • Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.
  • Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.
  • Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.
  • Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.
  • Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.
  • Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.
  • Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.
  • Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.
  • Bahan baker   bakar api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.
  • Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.
  • Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.
  • Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya
  • Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.





1 comment: