Friday, December 31, 2010

Sifat Manusia

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”

Riwayat Ahmad

Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain. Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri. Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.





NASIB anak TST Dalam ISLAM

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut  walad al-zina  yang 
bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat   bahawa 
anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan 
daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh 
lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).

Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang 
sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya :  (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat 
tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat  Al-Bukhari)

Terdapat beberapa implikasi berhubung kedudukan anak taksah  taraf dalam 
Islam. Implikasi-implikasi tersebut ialah :

--> Penamaan dan Nasab
   ==> Jika seseorang anak lahir tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah di 
antara ibunya dengan lelaki yang mensetubuhinya dan bukan  
persetubuhan syubhah,  maka anak tersebut tidak boleh dibin atau 
dibintikan kepada bapa zina. Sebaliknya hendaklah dibinkan atau 
dibintikan Abdullah atau lain-lain nama  ”Asma’ ul-Husna” yang 
berpangkalkan Abdul.  Kedudukan ini berbeza dengan anak yang bukan  beragama Islam. 
Kesahtarafan anak akan dikira dari tarikh  ibu dan bapa anak tersebut 
memeluk  Islam. 

--> Pergaulan dan Hubungan
  ==> Dalam Islam anak tak sah taraf bebas menjalin apa-apa hubungan 
atau aktiviti sepertimana yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang 
sah tarafnya.

Hukum pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan 
persetubuhan dengan ibunya adalah sama dengan lelaki asing yang 
tiada kaitan dengannya (bukan mahram) kecuali lelaki tersebut 
menjadi suami ibunya maka hubungannya adalah sebagai ayah tiri. 

Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak di sebelah 
ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain
adalah hubungan kekeluargaan yang sah. Namun, perhubungan ini 
tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak 
sah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.

--> Nafkah.
  ==> Tanggungjawab nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf terletak 
kepada ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkan 
kepada ibunya  dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. 

Peruntukan mengenai tanggungjawab nafkah ini juga terdapat dalam 
Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 80 (1) 
iaitu :
Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah 
seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya 
menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan 
akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan 
sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun 
bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

-->  Penjagaan
  ==> Hubungan nasab (keturunan) anak tak sah taraf dengan  ibu serta ahli 
keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tak 
sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan ahli keluarga di sebelah 
ibunya. Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 
85 memperuntukkan bahawa :
Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu 
dan saudara mara ibu.

Peruntukan ini selaras dengan kehendak Hukum Syarak yang 
menetapkan hubungan  nasabnya  (keturunan)  hanya dengan ibunya 
sahaja. Kedudukan ini sudah  tentu memberikan hak penjagaan 
kepada ibunya atau ahli keluarga ibunya.

--> Harta Pusaka
  ==> Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan 
ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan 
anak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara 
satu sama lain.

Seseorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya 
yang tidak sah. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak 
tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

--> Perwalian
  ==> Hak perwalian diri anak tak sah taraf terletak kepada ibunya. 
Walaubagaimanapun, wali perkahwinan bagi seseorang anak tak sah 
taraf perempuan dipegang oleh  Wali Hakim (iaitu  Yang DiPertuan 
Agong/Sultan/Raja atau individu yang diberi tauliah). Ini adalah kerana 
seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua 
perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya :  Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidak 
mempunyai wali.

Begitu juga lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah yang sah, 
sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu juga 
tidak sah menjadi walinya.

--> Perkahwinan
  ==> Keraguan berhubung kesahan perkahwinan seorang anak tak sah 
taraf perlu dikikis kerana agama tidak pernah membezakannya dengan 
kanak-kanak lain. Mereka juga seperti insan-insan yang lain. 
Kesalahan yang berlaku sehingga mereka dilahirkan bukanlah 
dosanya tetapi hasil perbuatan ibu dan lelaki yang menyetubuhi ibunya. 
Oleh itu perkahwinan anak tak sah taraf perempuan adalah sah, 
walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki yang baik 
nasabnya tidak digalakkan mengahwininya.

--> Kematian
  ==> Kematian  seorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah 
menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia 
dihukum sebagai seorang Islam. Oleh itu mayatnya hendaklah diurus 
secara pengurusan jenazah Islam.

Jika ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka di dihukum 
sebagai bukan seorang  beragama Islam sekalipun lelaki yang 
menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.

--> Pertukaran Status Anak Tak Sah Taraf
  ==> Seseorang anak tak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia 
dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu 
statusnya akan bertukar menjadi  anak laqit (iaitu anak pungut). Dia
akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi 
tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yang 
diberikan kepada seorang anak angkat.

--> Amal Kebajikan
  ==> Amal kebajikan anak tak sah taraf sama ada untuk diri sendiri atau 
untuk masyarakat adalah sama seperti anak-anak tak sah taraf yang 
lain.  Anak tak sah taraf  adalah seorang yang suci dan bersih dari 
sebarang dosa ibu dan bapanya. Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :  ... dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiaptiap seorang melainkan orang itulah  sahaja yang menanggung 
dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa 
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);...
(Surah al-An’am : 164)

Firman Allah S.W.T lagi : 
Maksudnya :  (Oleh itu) katakanlah  (wahai Muhammad):  ”Kamu tidak 
akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan 
kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu 
kerjakan”.
(Surah Saba’ : 25)

Amal kebajikan mereka tetap akan mendapat ganjaran di sisi Allah 
S.W.T sama seperti amal kebajikan orang Islam yang lain. Firman 
Allah S.W.T :
Maksudnya :  Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarrah, 
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! . Dan sesiapa berbuat
kejahatan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat 
amalnya)!.
(Surah al-Zalzalah : 7-8)


Anak tak sah taraf bukanlah seorang insan yang terbiar dan tidak bermaruah 
seperti yang disangkakan oleh sesetengah masyarakat. Malah dari sudut agama 
dan undang-undang, dia mendapat perlindungan penuh daripada ibunya, 
keluarga ibunya dan juga pemerintah. Anak tak sah taraf juga berhak mendapat 
keistimewaan, faedah, kebajikan, pendidikan dan boleh melakukan aktiviti-aktiviti 
harian sepertimana  kanak-kanak lain yang sah tarafnya. Masyarakat harus memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan anak tak sah taraf. Dengan adanya pertimbangan yang adil, maka akan terhapus 
tekanan yang sering menghantui hidupnya.


MEREKA MAMPU MENJADI INSAN SOLEH DAN BERGUNA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARANYA....



Thursday, December 30, 2010

ROH!

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

(Muslim)



KEMATIAN sesungguhnya amat MENYIKSAKAN. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."


(al-Anfal :50). 



"NESCAYA KAMU AKAN SANGAT NGERI"


Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.








Sahabat!

Jika KITA bermusuhan dengan SAHABAT,, bersiap sedialah untuk MENGALAH demi SAHABAT KITA..


bak kata "SESEORANG"...

"Jika kejahatan di bls kejahatan,,maka itu adalah dendam.. Jika kebaikan di balas kebaikan,, itu hanyalah perkara biasa.. Jika kebaikan di balas kejahatan, itu nama nya zalim.. TETAPI... jika KEJAHATAN di balas KEBAIKAN ,,,ITU ADALAH PERKARA YANG SANGAT MULIA dan SANGAT TERPUJI.."


Hidup kita ini, tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala bole menjahanamkan kita... Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah MENERIMA SESUATU atau MENERIMA SESUATU berlandaskan kenyataan.. Hidup kita ini adalah gabungan daripada bahagia dan derita.. Ianya untuk menguji keutuhan keimanan diri kita.. Sangat malang bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.....

Hadiah terbaik: 

Kepada kawan --> KESETIAAN
Kepada musuh --> KEMAAFAN
Kepada ketua --> KHIDMAT
Kepada yang muda --> CONTOH TERBAIK
Kepada yang tua --> HARGAI BUDI MEREKA DAN KEESETIAAN
Kepada pasangan --> CINTA DAN KETAATAN
Kepada MANUSIA --> KEBEBASAN





KATA - KATA ITU SEBENARNYA TIDAK MEMPUNYAI MAKNA UNTUK MENJELASKAN PERASAAN... MANUSIA BOLEH MEMBENTUK SRIBU KATA - KATA,, SERIBU BAHASA,,, TAPI KATA - KATA BUKAN BUKTI UNGGULNYA PERASAAN






Wednesday, December 29, 2010

Friendly Award..TQ kak AYU..





Wah..dpt award lgi..tq kak ayu.....akak sentiasa cool w'pon tiap2 ari selasa dia menanti kelas yg telah pon batal di pagi hari...hahahaha.... akak yg sntiasa menjadi group mate aku spnjg sem lpas...hahaha... 


well...klau xkerana kena jwb soaln..xde nye aku nk buat entry pasal ni..huhuhu... yo..jom kita menelaah soalan yg diberi...


--> Ucapan anda
    == TIME KASIH kak AYU.... nnti bg lgi ea...hahahaha




--> Ciri2 lelaki idaman tuk dijadikan husband
    == like my mom said...xnk yg lain..nk yg beragama jek..so...here we go..i nk yg beragama..hehe
    == yang sgt memahami diri saya...luar dan dlm...
    == yang ada wang..hahaha..penting2..nk bmw sejibik...
    == yang xselfish...hehehe




--> Berikan satu tips tuk kekalkn relationship ngan pasangan korg
    == tips yek... percaya..pupuk rasa sayang yg mendalam...


--> Penah anda jumpe doa pendekat jodoh atau putus cinta
   == tak pernah..tp start umo 18 dah mntak kt ALLAH temukan jodoh yg mcm mna kta nk dlm doa slpas       smbhyg..hikhikhik


--> Letakkan 10 link pilihan anda dan gtau mereka , dorg menang award.
   == sesiapa yg rasa dia follow n baca entri ni..amik la award ni..tq guys...








~the end~

Monday, December 27, 2010

2Days Words...

Cinta terbesar dan cinta hakiki bagi orang yang beriman ialah cinta kepada Allah. Sehingga cinta kepada Allah-lah yang seharusnya menjadi motivator terbesar dan tidak terbatas.

Jika Allah yang menjadi tujuan, kenapa harus dikalahkan oleh rintangan-rintangan yang kecil di hadapan Allah? Jika mencari nafkah merupakan ibadah, semakin kerja keras kita, insya Allah semakin besar pahala yang akan diberikan oleh Allah. Jika nafkah yang didapat merupakan bekal untuk beribadah, maka semakin banyak nafkah yang didapat, semakin banyak ibadah yang bisa dilakukan.

Jangan sampai kita terlena untuk memenuhi kekayaan duniawi yang sifatnya hanya sementara saja, hingga kita lupa akan tugas kita yang sesungguhnya di dunia ini iaitu mengumpulkan perbekalan untuk menuju kampung akhirat yang kekal. Jadi perkayalah diri Anda baik dengan materi maupun dengan ruhani, dan bagikan kekayaan tersebut kepada orang-orang yang ada disekitar Anda, terutama yang lebih memerlukan.

Setiap kegagalan yang Anda buat adalah anak tangga Anda menuju puncak, iaitu kejayaan. Setiap kegagalan yang Anda temukan, memberikan arah yang jelas menuju kejayaan.

Apabila apa yang sudah Anda rencanakan dan Anda mimpikan tidak terwujud dengan jaya, maka langkah yang paling baik Anda ambil adalah bertawakal pada Allah SWT





Jadi, berharaplah banyak, tetapi jangan kecewa jika gagal.

Sunday, December 26, 2010

A little word for 2day...

Jangan takut dengan gagalnya meraih visi, kegagalan meraih visi sebenarnya bukan suatu kegagalan, tetapi merupakan keberhasilan yang Anda tempuh meski tidak sepenuhnya.


Tengoklah kembali perjalanan Anda saat ini, akan menuju kemana? Apakah ke arah yang lebih baik, atau ke arah yang lebih buruk, atau tetap saja seperti saat ini? Tetapkanlah sebuah putusan dan jalanilah menuju konsekuensinya.


Hanya satu motivasi yang ada, iaitu Allah. Adapun motivasi lainnya harus dalam rangka “kerana dan/atau untuk” Allah.





Ciri - Ciri Manusia Di waktu KEBANGKITAN!

  • Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.
  • Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.
  • Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.
  • Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.
  • Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.
  • Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.
  • Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.
  • Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.
  • Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.
  • Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.
  • Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.
  • Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.
  • Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.
  • Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.
  • Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.
  • Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.
  • Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.
  • Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.
  • Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.
  • Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.
  • Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.
  • Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.
  • Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.
  • Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.
  • Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.
  • Bahan baker   bakar api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.
  • Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.
  • Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.
  • Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya
  • Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.





Saturday, December 25, 2010

Erk...Tertukar topik jap...

Wokey...aku TER 'tag' oleh kawan ku yang gemilangs tuk jawab soalan2 cepu platinum ni... erk..ape aku nk jwb ni... tp papepon TQ ye fieqa ...akan ku cuba sedaya upaya tuk menjawab nya...


Sambil memerah keringat...-->




1. Apa benda yang penting dalam hidup korang?

Seperti mana sama ngan kebanyakkan post2 aku sblm ni... mestila iman agama ISLAM ku.. 



2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

Chocopie..hehehe..bru tgh hari td aku beli....



3. Dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang? dan apa temanya?

Tempatnya xpasti..tgk poket dlu... kalau boleh yg simple2 ikut sunnah nabi jek...



4. Adakah korang tengah bercinta sekarang?

Sesungguhnya aku memang jatuh cinta dengan Rasul n Tuhan ku... Kasih dan cinta yang paling utuh...



5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

SELAMA - LAMA NYA....



6. Dimanakan korang selalu jumpa dengan kekasih korang?

Erk..paham2 je la ngan jwpn aku tuh... byk plak nk tnya...huhuhu



7. Novel/Buku/Majalah yang terakhir beli?

Erk...tetibe komik gempak yg last aku beli... eh..yeke.. atau pun novel "can you keep a secret"..



8. Nama penuh korang?

dah terang lgi bersuluh....lgi mau tanya ka...atoiyai....huhuhu



9. Antara mak dengan ayah? Mana lebih rapat?

Di sbb kan ayah duduk jauh..maka lebih rapat ngan ibu..hehe



10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

biarlah rahsia..hahaha



11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Erk...mesin basuh yg basuh kan.....huhuhu



12. Dimanakah tempat betul2 korang nak pegi?

Syurga....huhuhu...aku xnk msuk neraka...takut....



13. Pilih satu, Peluk or Cium?

Bergantung pada siapa yg nk memberi nye....hehe



14. Bagitahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
gila..
gila...
gila.....
hahahaha.....sory pika..



15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup.

ape ea....biar la aku sorg je tau..nnti kne kidnap...hehe



16. Lagu yang korang paling suka dan selalu dengar.

jo kwon..the of my confession...cute song...



17. Bila tarikh lahir? dan kat mana korang sambut tahun lepas?

first june 1989.... nk adiah please...hehe



18. 5 rakan blogger yang korang nak tag.