Sunday, January 01, 2017

IPOH DI "DIPANJAT"

Sumber: Google
Image result for panjat mercu tanda ipoh
Sumber: Google

Sebelum berakhirnya 2016, viralnya mengenai segelintir remaja memanjat mercu tanda Ipoh. Pada awal kemunculan berita ini di facebook, tiadalah aku mengambil berat sangat. Hanya sekadar "Oo, ntah pape je." difikiran pada waktu itu. 

Namun, setelah meneliti beberapa gambar,"Wow, hebat!". Satu sahaja yang terlintas difikiran aku waktu tu. Bahayanya! Tiada unsur - unsur keselamatan langsung. Dengan batang - batang tiang yang hanya dilakukan hanya untuk menaikkan mercu tanda itu. Selepas itu, keluar statement rasmi daripada Majlis Bandaraya Ipoh.

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Ipoh


Ok. Bagi seorang pendaki yang cintakan alam kehijauan dan bukit bukau, ini merupakan satu kepuasan dalam diri masing - masing. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melakukan sesuatu yang di luar jankauan kemampuan diri kita itu sesuatu yang sangat mengagumkan. Namun, pernah kah terdetik dihati kita masing - masing bahawa masih terlalu banyak insan yang menyayangi diri kita. Masih terlalu banyak masa untuk diri kita mencapai detik - detik yang lebih indah berbanding keindahan yang terlalu bahaya dimata kaca masyarakat terutamanya dimata ibu bapa kita. 



Andai kata berlaku sesuatu yang malang, pihak siapa yang ingin bertanggungjawab? Dimana dan dengan siapakah orang tersayang kita ingin menuntut pembelaan? Takkan dah jadi sesuatu yang duka baru nak terngadah? Terlalu banyak lagi aktiviti yang selamat yang boleh dilakukan untuk menatap keindahan yang Allah SWT sediakan. Tetapi, takpelah. Semuanya masih selamat dan hidup lagi. Jadikan pengajaran.

p/s: tinggal tindakan undang - undang je. xke sia - sia, penat - penat panjat pastu kena saman. Belum masuk bab mak bapak membebel lagi. Kalau aku lah yang buat tu, mau setahun mak aku ngunkit aku ni anak selalu buat masalah.. xsanggup!!



No comments:

Post a Comment