Assallamualaikum w.b.t
Hari ini Reen nak simpan dan kongsi resepi yang mudah - mudah je untuk koleksi masakan iaitu ikan asam rebus. Almaklumla sejak - sejak harga minyak naik melambung ni, nak meneruskan kehidupan sangat lah terasa peritnya. Sebagai isteri yang bertanggungjawab hendak lah sesama membantu suami kan. Semoga Allah murahkan rezeki kami dan para pembaca ibarat air yang mengalir. Aamin. Ok. Berbalik pada resepi hari ini, kadang kala makan macam ni, sedap jugak..hirup kuah dia yang pedas - pedas masam, panas - panas.. Wallah! Ok ni resepinya.
Bahan - bahan(A):
6-8 ekor Ikan selar kuning / kembung ke(ikut suka la)
1 batang serai ( diketuk)
3-4 keping asam keping
Tomato / batang keladi / bendi(since husband kene gout,cancel)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Bahan - bahan(B): kisar
8-10 batang lada kering ( agak -agak ye kalau kene lada kering yang pedas gila)
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inch belacan
Sedikit kunyit
Cara - cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Tuangkan bahan (B) yang telah dikisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping, garam dan serbuk ikan blis secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur sehingga layu.
5. Matikan api dan silalah menjamu selera.
p/s: kalau lada kering tu pedas sangat, selalu nya reen akan lebihkan bawang untuk kurangkan pedas.
No comments:
Post a Comment