Tuesday, January 10, 2017

RESEPI SOTONG SUMBAT TELUR

Assallamualaikum w.b.t
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
 Hari ini Reen nak kongsi dan simpan resepi sotong sumbat telur. Resepi didalam ini haruslah yang mudah - mudah sahaja. Resepi kredit kepada pengirim resepi sedap. Terima kasih ya. Mohon halalkan ilmu dan resepi. 
Bahan - bahan:
 Beberapa ekor sotong
Bahan sumbat:
4 biji telur
3 /4 ekor udang 
1 biji cili merah
1 biji bawang 
daun bawang
garam dan lada hitam / sulah secukup rasa 
Cara - cara:
1. Kacau sebati dan goreng separuh masak
Image may contain: food
Siap inti tunggu sejuk untuk disumbat.
Bahan - bahan sambal:
*Beberapa cili kering (rendam)
*Bawang merah
*Bawang putih 
Blend bahan bertanda *
2 Batang serai
sos tiram 

Cara - cara:
1. Tumis bahan blend bersama serai sampai naik bau,garing dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram.
3. Agak - agak nak pekat sambal, masukkan sotong yang disumbat.
p/s : terima kasih tuan empunya resepi.dah lama cari resepi sotong sumbat selain sumbat pulut. 
 

Tuesday, January 03, 2017

RESEPI IKAN ASAM REBUS

Assallamualaikum w.b.t
Hari ini Reen nak simpan dan kongsi resepi yang mudah - mudah je untuk koleksi masakan iaitu ikan asam rebus. Almaklumla sejak - sejak harga minyak naik melambung ni, nak meneruskan kehidupan sangat lah terasa peritnya. Sebagai isteri yang bertanggungjawab hendak lah sesama membantu suami kan. Semoga Allah murahkan rezeki kami dan para pembaca ibarat air yang mengalir. Aamin. Ok. Berbalik pada resepi hari ini, kadang kala makan macam ni, sedap jugak..hirup kuah dia yang pedas - pedas masam, panas - panas.. Wallah! Ok ni resepinya.
Bahan - bahan(A):
6-8 ekor Ikan selar kuning / kembung ke(ikut suka la)
1 batang serai ( diketuk)
3-4 keping asam keping
Tomato / batang keladi / bendi(since husband kene gout,cancel)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan - bahan(B): kisar

8-10 batang lada kering ( agak -agak ye kalau kene lada kering yang pedas gila)
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inch belacan
Sedikit kunyit


Cara - cara:

1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Tuangkan bahan (B) yang telah dikisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping, garam dan serbuk ikan blis secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur sehingga layu.
5. Matikan api dan silalah menjamu selera. 



p/s: kalau lada kering tu pedas sangat, selalu nya reen akan lebihkan bawang untuk kurangkan pedas.

Monday, January 02, 2017

RESEPI BISKUT GERY MALKIST

Assallamualaikum w.b.t


Hari ini ingin ku abadikan resepi yang sumber nya diperolehi daripada facebook. Biskut Gery Malkist!. Dah lama sebenarnya ingin ku menikmati biskut ini setelah ramai yang memberi feedback positif tentang kesedapan biskut ini. Nak dibeli, tapi online plak, boleh hancur biskut yang dinikmati kalau tidak di packaging elok - elok untuk pos. Tetapi sebenarnya, biskut ini ada dijual di Mydin USJ dengan harga RM 3.20 untuk satu bungkus.. Tetapi jauh pulak... Marilah kita ber huhu - huhu...

Sumber: Google


Maka dengan ini, ku abadikan dulu resepi pembuatan biskut gery di blog ini.

Bahan - bahan:

5 keping cheesedale
20gm butter
1-2 sudu susu pekat manis
1 titik perwarna oren
biskut julie cracker bergula
Cara - cara:
1. Double boil je sume bahan kecuali biskut tu.
2. Setelah cair, sapukan di atas biskut.
3. Tunggu kering sekejap, dah boleh ngap! 


p/s : kalau cheese keras sikit, tambah lagi butter.tapi nak kene agak-agak.jangan cair sangat, jangan keras sangat.

Sunday, January 01, 2017

IPOH DI "DIPANJAT"

Sumber: Google
Image result for panjat mercu tanda ipoh
Sumber: Google

Sebelum berakhirnya 2016, viralnya mengenai segelintir remaja memanjat mercu tanda Ipoh. Pada awal kemunculan berita ini di facebook, tiadalah aku mengambil berat sangat. Hanya sekadar "Oo, ntah pape je." difikiran pada waktu itu. 

Namun, setelah meneliti beberapa gambar,"Wow, hebat!". Satu sahaja yang terlintas difikiran aku waktu tu. Bahayanya! Tiada unsur - unsur keselamatan langsung. Dengan batang - batang tiang yang hanya dilakukan hanya untuk menaikkan mercu tanda itu. Selepas itu, keluar statement rasmi daripada Majlis Bandaraya Ipoh.

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Ipoh


Ok. Bagi seorang pendaki yang cintakan alam kehijauan dan bukit bukau, ini merupakan satu kepuasan dalam diri masing - masing. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melakukan sesuatu yang di luar jankauan kemampuan diri kita itu sesuatu yang sangat mengagumkan. Namun, pernah kah terdetik dihati kita masing - masing bahawa masih terlalu banyak insan yang menyayangi diri kita. Masih terlalu banyak masa untuk diri kita mencapai detik - detik yang lebih indah berbanding keindahan yang terlalu bahaya dimata kaca masyarakat terutamanya dimata ibu bapa kita. 



Andai kata berlaku sesuatu yang malang, pihak siapa yang ingin bertanggungjawab? Dimana dan dengan siapakah orang tersayang kita ingin menuntut pembelaan? Takkan dah jadi sesuatu yang duka baru nak terngadah? Terlalu banyak lagi aktiviti yang selamat yang boleh dilakukan untuk menatap keindahan yang Allah SWT sediakan. Tetapi, takpelah. Semuanya masih selamat dan hidup lagi. Jadikan pengajaran.

p/s: tinggal tindakan undang - undang je. xke sia - sia, penat - penat panjat pastu kena saman. Belum masuk bab mak bapak membebel lagi. Kalau aku lah yang buat tu, mau setahun mak aku ngunkit aku ni anak selalu buat masalah.. xsanggup!!



SELAMAT TAHUN BARU 2017

Rasulullah SAW bersabda:
" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya".

A year of learning. A year of experimenting. A year of memories. 
Terima kasih 2016. Terima kasih Allah.

Mengharapkan kehidupan yang sentiasa dimudahkan, diberkati Allah SWT dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk menempuh liku - liku kehidupan yang lebih mencabar di akan datang. Namun apa jua ujian dan rintangan yang mendatang, akan ditempuhi dengan penuh redha dan sabar. Setiap ujian mahupun khabar gembira yang datang adalah perancangan Allah SWT. Sesungguhnya DIAlah Yang Maha Mengetahui dan Sebaik - baik perancang. 

Selamat datang 2017. Another year of learning. Another year of experimenting. Another year of memories. Terima kasih Allah.


glowing Happy New Year images