"Dialah Aisyah, isteri Rasulullah SAW dan kekaih hati yang paling Baginda cintai."
Aisyah r.h.a. dilahirkan dalam sebuah rumah yang dilimpahi dengan kejujuran dan cahaya keimanan. Sayidatina Aisyah r.h.a. ialah puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Statusnya sebagai puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq sudah cukup menempatkan Aisyah di tempat yang paling mulia dalam hati dan dalam rumah tangganya bersama Rasulullah SAW. Belum lagi ditambah dengan kecerdikan, keluasan ilmu, kepakaran dan keluhuran budinya yang menimbulkan perasaan kagum terhadap generasi salaf mahupun khalaf.
Ayahandanya Sayidina Abu Bakar merupakan sahabat dan pemdamping setia Rasulullah SAW sewaktu menempuh detik - detik cemas di dalam gua Hira' demi memastikan kelangsungan agama Allah S.W.T. Ibunya ialah Ummu Ruman bitni 'Amir yang menampilkan diri sebagai contoh. Dia menjadi seorang isteri yang mulia, ibu yang baik dan wanita yang bijak.
Sayidatina Aisyah r.h.a. lahir di Makkah al-Mukarramah yang merupakan kawasan yang penuh dengan keberkatan di atas bumi Allah ini. Ayahandanya merupakan seorang saudagar besar di Makkah yang memperoleh keuntungan besar daripada aktiviti perniagaannya dan mempunyai kehidupan yang sangat selesa. Bapanya terkenal dengan sifat dermawan, baik terhadap anak - anak dan keluarganya. Beliau merupakan seorang sahabat nabi yang memiliki banyak sifat mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.
Aisyah r.h.a. mempunyai beberapa orang adik beradik yang kesemuanya berada di bawah naungan cahaya Islam dan komited terhadap perjuangan mermatabatkan Islam. Mereka turut berhijrah dan berjihad bersama Rasulullah SAW, sekali gus menunjukkan gambaran keluarga Sayidatina Aisyah sebuah keluarga yang mukmin yang sanggup berkorban demi agama.
Dalam sebuah keluarga yang mulia inilah Aisyah lahir kemudian melalui kehidupan di bawah naungan Islam.
p/s : Kenangan pelangsungan perkahwinan Aisyah r.h.a di entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment