Tuesday, December 27, 2016

SIAPA AISYAH R.H.A

"Dialah Aisyah, isteri Rasulullah SAW dan kekaih hati yang paling Baginda cintai."

Aisyah r.h.a. dilahirkan dalam sebuah rumah yang dilimpahi dengan kejujuran dan cahaya keimanan. Sayidatina Aisyah r.h.a. ialah puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Statusnya sebagai puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq sudah cukup menempatkan Aisyah di tempat yang paling mulia dalam hati dan dalam rumah tangganya bersama Rasulullah SAW. Belum lagi ditambah dengan kecerdikan, keluasan ilmu, kepakaran dan keluhuran budinya yang menimbulkan perasaan kagum terhadap generasi salaf mahupun khalaf.

Ayahandanya Sayidina Abu Bakar merupakan sahabat dan pemdamping setia Rasulullah SAW sewaktu menempuh detik - detik cemas di dalam gua Hira' demi memastikan kelangsungan agama Allah S.W.T. Ibunya ialah Ummu Ruman bitni 'Amir yang menampilkan diri sebagai contoh. Dia menjadi seorang isteri yang mulia, ibu yang baik dan wanita yang bijak. 

Sayidatina Aisyah r.h.a. lahir di Makkah al-Mukarramah yang merupakan kawasan yang penuh dengan keberkatan di atas bumi Allah ini. Ayahandanya merupakan seorang saudagar besar di Makkah yang memperoleh keuntungan besar daripada aktiviti perniagaannya dan mempunyai kehidupan yang sangat selesa. Bapanya terkenal dengan sifat dermawan, baik terhadap anak - anak dan keluarganya. Beliau merupakan seorang sahabat nabi yang memiliki banyak sifat mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. 

Aisyah r.h.a. mempunyai beberapa orang adik beradik yang kesemuanya berada di bawah naungan cahaya Islam dan komited terhadap perjuangan mermatabatkan Islam. Mereka turut berhijrah dan berjihad bersama Rasulullah SAW, sekali gus menunjukkan gambaran keluarga Sayidatina Aisyah sebuah keluarga yang mukmin yang sanggup berkorban demi agama.

Dalam sebuah keluarga yang mulia inilah Aisyah lahir kemudian melalui kehidupan di bawah naungan Islam. 



p/s : Kenangan pelangsungan perkahwinan Aisyah r.h.a di entri seterusnya.

AISYAH R.H.A. SRIKANDI ISLAM



"Muslimah adalah pelengkap kepada seorang lelaki Muslim. Mereka bertanggungjawab menguruskan keharmonian rumah tangga dan membentuk suasana mawaddah warahmah dalam rumah tangga."

Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar adalah peribadi agung yang harum mekar namanya sepanjang zaman. Bukan kerana menjadi interi Rasulullah s.a.w. semata - mata yang melonjakkan dirinya di mata dunia, tetapi tokoh ini dikagumi dan dihormati oleh manusia sezamannya dalm kalangan lelaki mahupun wanita kerana peranan, jasa, keilmuan dan keistimewaan yang sememangnya wujud dalam dirinya. 

Oleh itu, mulai hari ini, ingin aku kupas sedikit sebanyak kisah srikandi Islam kita iaitu Sayidatina Aisyah r.h.a.


Baginda SAW pernah bersabda:
" Kelebihan Aisyah ke atas wanita lain adalah seperti lebihnya ats-Tsarid ( sejenis makanan yang lebih banyak manfaat dan disukai Baginda SAW) berbanding makanan yang lain."
(Riwayat al-Bukhari)

Sayidatina Aisyah r.h.a. merupakan seorang isteri yang sangat disenangi oleh Rasulullah s.a.w.. Kebijakan dan kepandaiannya dalam memberi khidmat kepada suami tercinta membuatkan Baginda SAW sentiasa senang tatkala bersamanya.

Selain itu, jasa dan sumbangannya dalam ilmu dan dakwah ISlam tidak dapt ditandingi oleh mana- mana wanita dan isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. 

Urwah bin az-zubair pernah mengatakan:
"Tiada seorang yang lebih alim tentang halal dan haram, ilmu, syair dan perubatan melainkan Aisyah Ummul Mukminin."



p/s: Kisah zaman kanak - kanak (Sayidatina Aisyah r.h.a.) di entri seterusnya.