Monday, November 07, 2011

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Astaghfirullah... Sungguh BESAR hikmah dan nikmat yang Allah beri pada semua yang berlaku... Dalam bersedih,, tergerak hati untuk mencari ubat penenang jiwa.. Dan akhir nya aku terbaca satu kisah yang sungguh menarik dah berkait dengan apa yg aku rasakan sekarang ini..


Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.

Ya Allah...Sungguh BESAR kuasa MU... Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang dan Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. 

KAU kuatkan la ketabahan hati aku daalam menghadapi dugaan yang KAU berikan...



4 comments:

  1. manusia maner yg mnguji kesabaran ko ni?? bkn ak kn?? haha

    ReplyDelete
  2. uish..tentulah bukn ko... setakat xdpt msk aku nasi ayam ape brg.. hahaha..ko kn befpren aku..hahaha

    ReplyDelete
  3. opkos ler.. nnt nk nasi ayam ak bg.. bkn stkt nasi ayam.. nasi daging pn ak bg.. haha xD

    ReplyDelete
  4. Setakat nk kasi nasi yg ltk aym or daging mentah je baik xpyh bro... alang2 tuh kasi le lamb chop ke.. steak ke... bru terbaeeekkk... hahaha

    ReplyDelete