Sunday, June 26, 2011

A few Words today (◕‿◕)

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri.. Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi.. 

credit to: "Insan Mulia"

Wednesday, June 15, 2011

Sahabat, Sahabat, Sahabat (◕‿◕)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” 

(H.R al-Hakim)

Apa yang kita alami bersama teman - teman mesti ada sedikit perasaan yang penat dan mengjengkelkan.. Tapi tue la kenangan kita yg tercipta secara xlgsg dan juga erti persahabatan yg indah n xternilai. Sama jugk la ngan aku.. Aku buat entry ni khas tuk kawan2 aku yg sentiasa mengisi hari2 n hati aku.. 

Ada sorg membe aku..Dia ni suka membebel... siyes.. kalau dia start pot pet pot pet... bernanah telinga kau..haha.. tp.. style dia bebel mmg sgt fun.. aku asyik gelak je....xterasa stress lgsg... hilang sume penat..hahaha... luv it.. Dia ni jnis yg sgt sempoi n ikut kepala dia sndiri.. Mmg jenis yg xsuka menyusahkan... Bagi aku.. dia seorang kawan yg sgt boleh dibuat kawan... plus dia suka memasak.. dia duk saje2.. bila smpai wktu dia pon xtau nk wat pe..dia akn msk... dan dia akn msk tuk sume org... best tau.. ketang ketung dia menumbuk bwg sbb xde blender..haha.. boleh jd bini dah.. lpas ni boleh bg green light tuk datok A msuk minang..OOppsss..... kang datin F buat muka... hahaha

p/s: datin F nie pon suka bergosip.. pong pang pong pang dia cte kt kiteorg pasal cte2 hot nih...  (◕‿◕)  kalah azwan ali.. erk??oh ya btw datin F.. time kasih ye masak2 tuk I.. hehe

Yang sorang lgi ni plak pon lebey kurang la ngan datin F..gila2 jugk... bezanya yg datin F suka masak.. tp datin W suka makan... skali mkn bertmbh jugk la bila dtg kelaparan dia tuh.. hahaha..sory datin W... tp u ttp maintain gtu.. (◕‿◕)
Bestnye datin W ni..dia suka stalker muka buku org.. ko sbut je nama sesiapa..asal ada hot news.. on the dot click click click.... hahaha... datin W ni xreti nk menolak request bila org mntk tlg dri dia.. tersgt la baik hati.. sampai snggup menyusah kn diri pegi ke sana ke mari.... so... dato C..u mmg pilih org yg btul la ni...tp jgn smpai dia kne buli OK.. hikhikhik

p/s: terima kasih ye datin W sbb byk tolong I... akn ku bls jasa u in all nnti... yep.. subway.. here we comes... 

Sekarang citer pasal datin H plak.. pergh yg ni.. i ckp ngan u ols.. SHOPPING number 1 OK!!.. so pada dato S.. tolong buat simpann byk2.. bini u ni suka beno meNYOPING-NYOPING nih.. Asal ada DUIT jek.. anytime... datin W.. jom kuar NYOPING.. ape lagi.. datin W pon drive "MERCEDEZ" dia pgi JJ...hahaha..datin H ni fanatik ngan KOREA ok.. dia punya gelak bila tgk cte korea pergh.. I pesan kt u ols jgn bersama dgn dia wktu mlm2 ketika dia tgk "RUNNING MAN".. ngigau beb.. tu pasal dia kawen ngan dato S nih.. kerana SAYANG, I SANGGUP TERIMA U SEADANYA LALINK...hahaha.. oppsss... jgn saman malu i ok datin H... (◕‿◕)  

p/s: time kasih la sbb sudi tido dgn i stu bilik w'pon buat smntara wktu.. hikhikhik.... bg i minum pepsi ngan twister... hehe




persahabatan tidak terjalin secara automatik ttp menajamkan proses yg pnjg spt menajamkan besi, demikian la sahabat menajamkan sahabatnya. 

persahabatan diwarnai dgn berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur dan disakiti, diperhati dan dikecewakan, didengar dan di abaikan, dibantu dan ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dgn tujuan kebencian..

Sejuta rangkaian kata,
Terwujud berbagai memori,
Untuk seorang sahabat,
Yang setia mengisi hati dan hari...

TERIMA KASIH




cdt to uncle google..hikhik for pic...

Saturday, June 11, 2011

Masalah, masalah n masalah!

Setiap daripada kita baikpun remaja, atau pun org tua mesti pernah menghadapi masalah dlm hidup. 
Kata org hidup tnpa masalah bukn hidup namanya.. Berlegar dari masalh yg plg besar hinggalah yg plg kecik, semuanye ttp dinmakn mslh..cuma nye, malh yg dihadapi oleh seseorg itu berbeza.. Bagaimna cara nk selesaikn pon jugk tergolong dlm stu mslh... Namun hakikat nye, setiap masalah pasti ada jln penyelesaian nya.

Antara mslh yg wujud di persekitaran kita ialah mslh kemiskinan, kehilangan org yg tersyg, masalh cinta, pertengkarang dgn ibu bapa,corot dlm peperiksaan serta berjuta-juta mslh lgi..Even ape yg aku nk mkn hari ni pon dikira mslh jugk.. heheheMasalah juga bolh menyumbang kepada mslh yg lain, cntohnye: mslah remaja yg X tahan dgn leteran ibu bapa nya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik , di bunuh dan mcm2 lgi la... tau la dunia sekarang ni mcm mna kn..Masalah yg kecil apabila tidak di tangani dgn baik bolh membawa kpd mudarat yg besar. 

Setiap hari kita tidk akn terlepas dilnda mslah, sekiranya bukn kita yg bermslh, org lain pula yg mendtgkn masalah. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi masalah itu dan cuba mencari kaedah utk mengatasinya. 

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kpd kita utk mengukur sejauh mna tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sbg manusia kita sering terlupa serta lalai dgn tanggungjawb kita sbg hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi dgn kesenangan dan kemewahan. Lebih2 lgi ketika usia remaja, hidup penuh dgn keseronokan n sentiasa ingin mencuba sesuatu yg bru w'pun perkara itu jelas haram di sisi agama.
Setiap masalah , kesakitan dan apa jua yg menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah utk menguji sejauh  mana iman kita. Iman perlu kepada ujian..

Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah:


Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya 
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesunggunya Dia mengetahui org2 yg berdusta."

(al-Ankabut:2-3)


Oleh itu sekiranya kita berhadapan dgn masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dlm minda bahaawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yg melepasi ujian itu adalah org yg berjaya mendapt kedudukan yg mulia di sisi Allah.


♥ _ ♥

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. 


( Hamka )

Sunday, June 05, 2011

Jangan Meratapi Jenazah

Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: 


"Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar“nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) ."


- Allah SWT yang menciptakan ketawa dan tangis serta menciptakan sebab tercetusnya hal tersebut.
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau menangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.
- Sabar itu adalah pada awal kejadian. Oleh itu seseorang yang kehilangan orang yang disayanginya disebabkan meninggal dunia hendaklah bersabar dan tabah kerana sesungguhnya mayat akan tersiksa kerana ratapan (penyesalan) dari ahli keluarganya. Sedangkan kematian itu merupakan suatu perkara yang pasti dan tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia.
- Setiap Muslim harus menyedari bahawa segala yang berlaku adalah merupakan takdir dan ketentuan daripada Allah SWT. Oleh itu semestinya kita menjauhi dan meninggalkan segala perkara yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti meratapi orang yang telah meninggal dunia kerana amalan ini adalah seperti amalan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam di zaman jahiliyyah.

Sunnah Rasulullah s.a.w

Dari Anas r.a mengatakan:


 "Nabi s.a.w berwudhuk setiap kali beliau hendak sembahyang Bertanya Amr bin Amir kepada Anas,:Bagaimana yang anda sendiri lakukan? Jawab Anas:Kami cukupkan saja wuduk yang telah ada, selagi belum berhadath."

Sharing Sumthing 2(Funny)

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk 
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang 
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara 
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit 
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya 
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. 
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si 
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu 
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country". 

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun 
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang 
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia 
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american 
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country". 

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir 
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap 
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya 
lagi aku pun cakap lah..., 
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY" 

Sharing Sumthing 1(Funny)

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


Saturday, June 04, 2011

Bersumpah

Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:


"Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja."

1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabiIlahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).

2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
i. Membunuh.
ii. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
iii. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
iv. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
v. Melanggar sumpah

3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah. (Bukhari dan Muslim).

Ujian Menghapuskan Dosa

Nabi s.a.w bersabda:


 "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."