Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.”
Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang rohnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.
Bersandarkan kepada ikatan persaudaraan, akan terbina kesatuan masyarakat yang memiliki satu rasa dan matlamat dibimbing oleh keimanan kepada Allah SWT yang dapat mengelak berlakunya perpecahan.
Walaupun berlainan keturunan, bahasa, bangsa, pangkat dan sebagainya, namun tetap di bawah keimanan sama, bersaudara kerana Allah SWT.
Dalam soal ini, Abdullah Nasih Ulwan menegaskan, "tidak ada persaudaraan tanpa iiman dan tidak ada iman tanpa persaudaraan." Penegasan itu selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu." (Surah al-Hujarat, ayat 10)
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; ” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” Q.S Al-Hujurat : 10
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” HR. Muttafaqun ‘Alaih
Umat Islam hendaklah mengekalkan persaudaraan demi kekuatan ummah yang menggerunkan pihak musuh serta membolehkan kedudukan Islam dihormati di mata dunia. Usaha menyebarkan salam dan mengukuhkan persaudaraan boleh dijayakan dengan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh merosakkan hubungan seperti bersikap mementingkan diri, berhasad dan suka menunjuk kelebihan diri.
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” HR. Muttafaqun ‘Alaih
Umat Islam hendaklah mengekalkan persaudaraan demi kekuatan ummah yang menggerunkan pihak musuh serta membolehkan kedudukan Islam dihormati di mata dunia. Usaha menyebarkan salam dan mengukuhkan persaudaraan boleh dijayakan dengan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh merosakkan hubungan seperti bersikap mementingkan diri, berhasad dan suka menunjuk kelebihan diri.
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan hasil dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya.
Adakah kita merasakan semuanya?
Wallahualam
No comments:
Post a Comment