Tuesday, March 22, 2011

That is Sumthing

Jika nombor 111,111,111 didarabkan dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan =


111111111
X 111111111
_______________
12345678987654321
                                                                         

Arang & Manusia

TERINGAT crita P.Ramlee, Nujum Pak Belalang yg Si Belalang buat kopi untuk tetamu menggunakan arang yang diambil dari bontot kuali. Sebut pasal minum arang, mesti ramai yang menyatakan ia adalah jijik dan kotor. TAPI!!, TAHUKAH anda bahawa arang sebenarnya telah lama digunakan sebagai ubaat dalam sejarah bidang perubatan????...


Seawal tahun 1500 SM lagi, masyarakat Mesir telah mula menggunakan arang sbg medium penyembuh luka dan pembersih usus. Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil , sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang dahulu. 


Suungguh pun begitu, sejarah telah banyak menyaksikan ramai yang tidak percaya akan keberkesanan arang dalm perubatan. Pada tahun 1831, Proff Touery dari akademi perubatan perancis, melakukan demonstrasi bagi menunjukkan istimewanya arang itu dalam bidang perubatan. Di depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya dengan meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang.


Hasilnya, Touery tidak mengalami kompilasi berat malah masih bernyawa. Jika difikirkan secara logik, mustahil seseorang masih bernyawa setelah meminum racun. Bagaimana hal itu boleh berlaku??


Menurut Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunya rasa, sebetulnya mampu menyerap 60% zat beracun di dalam tubuh. Jika diminum benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan seperti perut , usus kecil, dan usus besar. Keberkesanannya akan dapat dilihat beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki porri yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat tinggi. 


Di bahagian timur Shizuoka , Jepun, para pekebun teh menaburkan arang di sekeliling tanaman teh mereka sejak puluhan tahun dlu. Keputusannya mengagunkan kerana teh yang di tabur arang mengalami pertumbuhan tinggi dengan jumlah penuaian meningkat sebanyak 40% berbanding tanaman yang tidak di tabur arang. 

Hasil kajian menunjukkan, amalan meminum arang bukan saja baik untuk kesihatan tetapi ia juga menjadi agen anti penuaan untuk memanjangkan usia

Arang di proses dan di jadikan bahan kosmetik di jepun




JUSTERU, MANFAATKANLAH ARANG. TIDAK HANYA SEBAGAI BAHAN PEMBAKAR, TP DI SEBALIK LEGAM ARANG ITU TERSEMBUNYI BANYAK MANFAAT BERGUNA KEPADA MANUSIA...


SOALNYA, APAKAH KITA SANGGUP, MEMINUM ARANG SEMATA - MATA UNTUK TAMPIL SIHAT.?
RASANYA, RAMAI DI ANTARA KITA LEBIH RELA MENGAMBIL UBATAN MODEN BERBANDING BENDA HITAM YANG DI ANGGAP KOTOTR ITU...

Wednesday, March 09, 2011

Persediaan sebelum tidur

"Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain."





Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.