Tuesday, December 27, 2016

SIAPA AISYAH R.H.A

"Dialah Aisyah, isteri Rasulullah SAW dan kekaih hati yang paling Baginda cintai."

Aisyah r.h.a. dilahirkan dalam sebuah rumah yang dilimpahi dengan kejujuran dan cahaya keimanan. Sayidatina Aisyah r.h.a. ialah puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Statusnya sebagai puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq sudah cukup menempatkan Aisyah di tempat yang paling mulia dalam hati dan dalam rumah tangganya bersama Rasulullah SAW. Belum lagi ditambah dengan kecerdikan, keluasan ilmu, kepakaran dan keluhuran budinya yang menimbulkan perasaan kagum terhadap generasi salaf mahupun khalaf.

Ayahandanya Sayidina Abu Bakar merupakan sahabat dan pemdamping setia Rasulullah SAW sewaktu menempuh detik - detik cemas di dalam gua Hira' demi memastikan kelangsungan agama Allah S.W.T. Ibunya ialah Ummu Ruman bitni 'Amir yang menampilkan diri sebagai contoh. Dia menjadi seorang isteri yang mulia, ibu yang baik dan wanita yang bijak. 

Sayidatina Aisyah r.h.a. lahir di Makkah al-Mukarramah yang merupakan kawasan yang penuh dengan keberkatan di atas bumi Allah ini. Ayahandanya merupakan seorang saudagar besar di Makkah yang memperoleh keuntungan besar daripada aktiviti perniagaannya dan mempunyai kehidupan yang sangat selesa. Bapanya terkenal dengan sifat dermawan, baik terhadap anak - anak dan keluarganya. Beliau merupakan seorang sahabat nabi yang memiliki banyak sifat mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. 

Aisyah r.h.a. mempunyai beberapa orang adik beradik yang kesemuanya berada di bawah naungan cahaya Islam dan komited terhadap perjuangan mermatabatkan Islam. Mereka turut berhijrah dan berjihad bersama Rasulullah SAW, sekali gus menunjukkan gambaran keluarga Sayidatina Aisyah sebuah keluarga yang mukmin yang sanggup berkorban demi agama.

Dalam sebuah keluarga yang mulia inilah Aisyah lahir kemudian melalui kehidupan di bawah naungan Islam. 



p/s : Kenangan pelangsungan perkahwinan Aisyah r.h.a di entri seterusnya.

AISYAH R.H.A. SRIKANDI ISLAM



"Muslimah adalah pelengkap kepada seorang lelaki Muslim. Mereka bertanggungjawab menguruskan keharmonian rumah tangga dan membentuk suasana mawaddah warahmah dalam rumah tangga."

Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar adalah peribadi agung yang harum mekar namanya sepanjang zaman. Bukan kerana menjadi interi Rasulullah s.a.w. semata - mata yang melonjakkan dirinya di mata dunia, tetapi tokoh ini dikagumi dan dihormati oleh manusia sezamannya dalm kalangan lelaki mahupun wanita kerana peranan, jasa, keilmuan dan keistimewaan yang sememangnya wujud dalam dirinya. 

Oleh itu, mulai hari ini, ingin aku kupas sedikit sebanyak kisah srikandi Islam kita iaitu Sayidatina Aisyah r.h.a.


Baginda SAW pernah bersabda:
" Kelebihan Aisyah ke atas wanita lain adalah seperti lebihnya ats-Tsarid ( sejenis makanan yang lebih banyak manfaat dan disukai Baginda SAW) berbanding makanan yang lain."
(Riwayat al-Bukhari)

Sayidatina Aisyah r.h.a. merupakan seorang isteri yang sangat disenangi oleh Rasulullah s.a.w.. Kebijakan dan kepandaiannya dalam memberi khidmat kepada suami tercinta membuatkan Baginda SAW sentiasa senang tatkala bersamanya.

Selain itu, jasa dan sumbangannya dalam ilmu dan dakwah ISlam tidak dapt ditandingi oleh mana- mana wanita dan isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. 

Urwah bin az-zubair pernah mengatakan:
"Tiada seorang yang lebih alim tentang halal dan haram, ilmu, syair dan perubatan melainkan Aisyah Ummul Mukminin."



p/s: Kisah zaman kanak - kanak (Sayidatina Aisyah r.h.a.) di entri seterusnya.

Saturday, October 17, 2015

Aku, Kamu & Kita

mungkin aku masih tidak cukup memahami kamu..atau mungkin aku memang tidak pernah memahami kamu..

hati ku runsing memikirkan hari-hari yang mendatang.. nasib ku.. nasib kamu.. nasib kita bersama..

adakah masih ada cahaya sinar menyuluh akan cinta kita..hubunga kita..hati kita.. masa depan kita..

sesungguhnya aku sangat merindui kamu.. kamu yang berada di depan aku.. namun hanya kaku tanpa sedar aku di depan mu..

sungguh hati aku jujur menyatakan cinta nya pada mu..batin ku menjerit sayang nya pada mu.. akal fikiran ku tidak mampu mengukir impian tanpa mu..

namun..aku hanyalah aku.. yang hanya mampu membisu di setiap kata-kata ku.. yang hanya mampu menepis segala rasa sangkalan ku..yang hanya mampu menangis di setiap duka ku..


yang hanya mampu memendam segala rasa, hanya untuk hati dan kebahagiaan mu

Sunday, May 11, 2014

Hari Ibu adalah Hari - Hari ( ˘ ³˘)♥♥♥♥♥♥

Hari IBU,,,

Hari ini hari IBU, ramai orang kata hari - hari adalah hari IBU...

Dia yang mengandung kan kita, 
Dia yang melahirkan kita,
Dia yang menyusukan kita,
Dia yang membesarkan kita,

Mana ada anak yang tak sayangkan IBUnya.. Semua orang kalau boleh nak tengok IBUnye gembira..
Tidak terkecuali aku... Kadang - kadang rasa cemburu bila tengok orang lain mudahnye melafazkan sayang itu... Aku?? Aku memang sayang, tapi aku tak tahu kenapa aku tak mampu nak ungkapkan ucapan itu depan-depan..

Hari - hari aku gaduh dengan IBU aku... Ada je yang tak kena di mata nya... Aku?? sedikit sebanyak mulut mesti akan menjawab balik... konon nye mempertahan kan diri... tapi dalam keadaan separa sedar, aku tahu perbuatan aku itu salah... Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, aku akan banyak terkurung dalam bilik... Aku tahu ,, tindakan aku ni pon salah... tapi for now, aku masih tak nampak jalan terbaik... Sungguh aku cakap,, aku tak nak jadi anak derhaka... 

Betul pon IBU,,, Salah pon IBU betul...

Kadang - kadang tertanya tanya,, tak da carakah nak hadapi... 
DOA!!.. ya!!.. DOA... ALLAH itu Maha Mendengar... DIA Maha Mengetahui luar dalam seluruh alam... 
SABAR!! ya!!.. SABAR.... Sesungguhnya DIAM & SABAR itu lebih baik...



-------   Mak!! Saya tahu saya bukan anak yang terbaik buat Mak... Saya tahu adakala saya buat Mak hilang sabar... saya tahu selama ni, Mak pukul, marah saya sebab Mak nak saya jadi anak yang berguna.. Tapi percayalah Mak.. Sesungguhnye tak pernah terlintas dalam hati saya nak sakitkan dan susahkan Mak... Saya cuma nak Mak faham saya... Kalau Mak tengah sakit,, mak slalu cakap ,,, Kalau Mak mati suka la kau... Saya selalu diam... Takde respon apa-apa... Sebab saya tak tahu nak cakap apa... Tapi,, sebenarnye Mak.. Saya SAYANG Mak sangat-sangat... Hidup saya,, bangun pagi saya,, apa saje saya buat,,, setiap masa saya fikirkan Mak... Maafkan saya Mak...Ampunkan dosa saya...-----------------------------------


------------------------------>> SELAMAT HARI IBU <<--------------------------------- 




Wednesday, January 30, 2013

Hang Out GEMPAK (*≧∇≦*)


Sabtu lepas membe lama bertandang ke negeri Melaka.. Yelah.. orang kata "Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia".. klau nk ikutkn aku pon xfhm sgt nape pepatah tuh dikeluarkan... hakikatnya aku sendiri yg di Melaka tak memahami maksud sebenar.. adakah bermaksud kena masuk sume muzium kt Melaka ni baru sepadan dgn pepatah tersebut... Sampai kan membe lama yang datang haritu pon,kiteorg siap tanya2 buat ape dtg melaka.. bukn ada apa pon.. but since diorg nk dtg, entertain je la kn.. 

Hati berdebar n esaited menunggu ketibaan mereka.. kata Miss Q, diorg datang bertiga, membe dia Mr K yang ku knal hanya melalui twitter dan Miss A( k ku akui xtahu nma sebenar,,aku cme panggil aja aja je..)..yg ku kenal hanya la Miss Q, yang lain sumpah xtahu,, risau juga dihati, bagaimana penerimaan mereka dan sebaliknya... Mr A pon ajak last minit.. Aku paksa dia datang sebabnya dia adalah BANK aku.. huahuahua... Mula2 mcm xnk lelepak sesama ngan memembe nih, sbb nye poket aku, mahupun, dompet aku hanya tinggallah habuk...huhuhu... GAJI TOLONG LA!! uurrghh.... tapi berterima kasih pada Mr A dan Miss Q yg memahami keadaan... Setibanya mereka di hadapan rumah ku, aku pon kuar dgn mengankut sume beg aku... ada ke patut Miss Q panggil MOTHER i KAKAK?? oo Please... hahaha... so kiteorg pon bergerak menuju homestay yg di sewa... so for 2 days n 1 night, life kiteorg byk kt dlm kereta atas jln raya dek kerana jalan yg sgt jem... OHMAI!!... for this 2 days n a night i dapat 2 kenalan baru... Miss A memang fantastic bombastic ko mmg debom... dia sgt sporting.. berjalan n hang out dgn dia mmg xde stress.. ceria.. xmcm setengah org yg agak selfish... u know what i mean... While Mr K plak pon lebey kurang jek perangai dia. cume jarang bercakap, mungkin xbrape kenal... Tp sekali dia kuarkn perkataan, tergelak gak aku... quite kontra with my friend here(Miss Q)... adaka patut diajak nya ke umbai yg MasyaAllah jem nye tuh sbb Miss Q nk mkn seafood.. i Ask her y? n she said Mr K xmkn seafood..so i ask her again.. ape kaitan?? then Miss A explain, kalau Miss Q n Mr K , Miss Q xkn dpt mkn seafood..  OIC.. now i understand.. ok... sorang mkn pedas,sorang xmkn pedas.. sorang tinggi soorang teeett..(oopps) .but, itulah yg buatkan saling lengkap melengkapi... kalau sesama jek, bosan jugak kn... sama jugak kalau ada baik, pasti ada buruknya, kalau ada syurga adalah neraka nya.. konsep jodoh pon melibatkan pencarian satu tulang rusuk yg hilang dari badan adam... sbb tuh kne saling lengkap melengkapi...  from what i observe, he is someone that finally my friend here, Miss Q can depend on... yelah Miss Q nih seorg ank tunggal... org kta best jd ank tunggal.. tp i double dare u, cube la try berada di tempat dia tgk,,, seronok ke x.. i yg seorg ank perempuan tunggal pon, dah lebey kurang jek feeling dia.. 


So Mr K,please..please..please.. i begging u.. take a really good care of Miss Q... tgk dia tabah, but actually she is such a baby who need an attention...  I wish u guys a happy ending until hereafter... *wah.. ucapan tahniah yg paling awal*... haahaha

Last, a little bit of picture that story a thousand words...






ok....*perasan*

*tetibe*




P/S: nape xcte pasal Mr A.. sbb hal dia,hanya I je yg bole tahu.. hikhikhik