Sunday, January 01, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Rasulullah SAW bersabda:
" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya".

A year of learning. A year of experimenting. A year of memories. 
Terima kasih 2016. Terima kasih Allah.

Mengharapkan kehidupan yang sentiasa dimudahkan, diberkati Allah SWT dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk menempuh liku - liku kehidupan yang lebih mencabar di akan datang. Namun apa jua ujian dan rintangan yang mendatang, akan ditempuhi dengan penuh redha dan sabar. Setiap ujian mahupun khabar gembira yang datang adalah perancangan Allah SWT. Sesungguhnya DIAlah Yang Maha Mengetahui dan Sebaik - baik perancang. 

Selamat datang 2017. Another year of learning. Another year of experimenting. Another year of memories. Terima kasih Allah.


glowing Happy New Year images


 

Tuesday, December 27, 2016

SIAPA AISYAH R.H.A

"Dialah Aisyah, isteri Rasulullah SAW dan kekaih hati yang paling Baginda cintai."

Aisyah r.h.a. dilahirkan dalam sebuah rumah yang dilimpahi dengan kejujuran dan cahaya keimanan. Sayidatina Aisyah r.h.a. ialah puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Statusnya sebagai puteri kepada Abu Bakar as-Siddiq sudah cukup menempatkan Aisyah di tempat yang paling mulia dalam hati dan dalam rumah tangganya bersama Rasulullah SAW. Belum lagi ditambah dengan kecerdikan, keluasan ilmu, kepakaran dan keluhuran budinya yang menimbulkan perasaan kagum terhadap generasi salaf mahupun khalaf.

Ayahandanya Sayidina Abu Bakar merupakan sahabat dan pemdamping setia Rasulullah SAW sewaktu menempuh detik - detik cemas di dalam gua Hira' demi memastikan kelangsungan agama Allah S.W.T. Ibunya ialah Ummu Ruman bitni 'Amir yang menampilkan diri sebagai contoh. Dia menjadi seorang isteri yang mulia, ibu yang baik dan wanita yang bijak. 

Sayidatina Aisyah r.h.a. lahir di Makkah al-Mukarramah yang merupakan kawasan yang penuh dengan keberkatan di atas bumi Allah ini. Ayahandanya merupakan seorang saudagar besar di Makkah yang memperoleh keuntungan besar daripada aktiviti perniagaannya dan mempunyai kehidupan yang sangat selesa. Bapanya terkenal dengan sifat dermawan, baik terhadap anak - anak dan keluarganya. Beliau merupakan seorang sahabat nabi yang memiliki banyak sifat mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. 

Aisyah r.h.a. mempunyai beberapa orang adik beradik yang kesemuanya berada di bawah naungan cahaya Islam dan komited terhadap perjuangan mermatabatkan Islam. Mereka turut berhijrah dan berjihad bersama Rasulullah SAW, sekali gus menunjukkan gambaran keluarga Sayidatina Aisyah sebuah keluarga yang mukmin yang sanggup berkorban demi agama.

Dalam sebuah keluarga yang mulia inilah Aisyah lahir kemudian melalui kehidupan di bawah naungan Islam. 



p/s : Kenangan pelangsungan perkahwinan Aisyah r.h.a di entri seterusnya.

AISYAH R.H.A. SRIKANDI ISLAM



"Muslimah adalah pelengkap kepada seorang lelaki Muslim. Mereka bertanggungjawab menguruskan keharmonian rumah tangga dan membentuk suasana mawaddah warahmah dalam rumah tangga."

Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar adalah peribadi agung yang harum mekar namanya sepanjang zaman. Bukan kerana menjadi interi Rasulullah s.a.w. semata - mata yang melonjakkan dirinya di mata dunia, tetapi tokoh ini dikagumi dan dihormati oleh manusia sezamannya dalm kalangan lelaki mahupun wanita kerana peranan, jasa, keilmuan dan keistimewaan yang sememangnya wujud dalam dirinya. 

Oleh itu, mulai hari ini, ingin aku kupas sedikit sebanyak kisah srikandi Islam kita iaitu Sayidatina Aisyah r.h.a.


Baginda SAW pernah bersabda:
" Kelebihan Aisyah ke atas wanita lain adalah seperti lebihnya ats-Tsarid ( sejenis makanan yang lebih banyak manfaat dan disukai Baginda SAW) berbanding makanan yang lain."
(Riwayat al-Bukhari)

Sayidatina Aisyah r.h.a. merupakan seorang isteri yang sangat disenangi oleh Rasulullah s.a.w.. Kebijakan dan kepandaiannya dalam memberi khidmat kepada suami tercinta membuatkan Baginda SAW sentiasa senang tatkala bersamanya.

Selain itu, jasa dan sumbangannya dalam ilmu dan dakwah ISlam tidak dapt ditandingi oleh mana- mana wanita dan isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. 

Urwah bin az-zubair pernah mengatakan:
"Tiada seorang yang lebih alim tentang halal dan haram, ilmu, syair dan perubatan melainkan Aisyah Ummul Mukminin."



p/s: Kisah zaman kanak - kanak (Sayidatina Aisyah r.h.a.) di entri seterusnya.

Saturday, October 17, 2015

Aku, Kamu & Kita

mungkin aku masih tidak cukup memahami kamu..atau mungkin aku memang tidak pernah memahami kamu..

hati ku runsing memikirkan hari-hari yang mendatang.. nasib ku.. nasib kamu.. nasib kita bersama..

adakah masih ada cahaya sinar menyuluh akan cinta kita..hubunga kita..hati kita.. masa depan kita..

sesungguhnya aku sangat merindui kamu.. kamu yang berada di depan aku.. namun hanya kaku tanpa sedar aku di depan mu..

sungguh hati aku jujur menyatakan cinta nya pada mu..batin ku menjerit sayang nya pada mu.. akal fikiran ku tidak mampu mengukir impian tanpa mu..

namun..aku hanyalah aku.. yang hanya mampu membisu di setiap kata-kata ku.. yang hanya mampu menepis segala rasa sangkalan ku..yang hanya mampu menangis di setiap duka ku..


yang hanya mampu memendam segala rasa, hanya untuk hati dan kebahagiaan mu

Sunday, May 11, 2014

Hari Ibu adalah Hari - Hari ( ˘ ³˘)♥♥♥♥♥♥

Hari IBU,,,

Hari ini hari IBU, ramai orang kata hari - hari adalah hari IBU...

Dia yang mengandung kan kita, 
Dia yang melahirkan kita,
Dia yang menyusukan kita,
Dia yang membesarkan kita,

Mana ada anak yang tak sayangkan IBUnya.. Semua orang kalau boleh nak tengok IBUnye gembira..
Tidak terkecuali aku... Kadang - kadang rasa cemburu bila tengok orang lain mudahnye melafazkan sayang itu... Aku?? Aku memang sayang, tapi aku tak tahu kenapa aku tak mampu nak ungkapkan ucapan itu depan-depan..

Hari - hari aku gaduh dengan IBU aku... Ada je yang tak kena di mata nya... Aku?? sedikit sebanyak mulut mesti akan menjawab balik... konon nye mempertahan kan diri... tapi dalam keadaan separa sedar, aku tahu perbuatan aku itu salah... Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, aku akan banyak terkurung dalam bilik... Aku tahu ,, tindakan aku ni pon salah... tapi for now, aku masih tak nampak jalan terbaik... Sungguh aku cakap,, aku tak nak jadi anak derhaka... 

Betul pon IBU,,, Salah pon IBU betul...

Kadang - kadang tertanya tanya,, tak da carakah nak hadapi... 
DOA!!.. ya!!.. DOA... ALLAH itu Maha Mendengar... DIA Maha Mengetahui luar dalam seluruh alam... 
SABAR!! ya!!.. SABAR.... Sesungguhnya DIAM & SABAR itu lebih baik...



-------   Mak!! Saya tahu saya bukan anak yang terbaik buat Mak... Saya tahu adakala saya buat Mak hilang sabar... saya tahu selama ni, Mak pukul, marah saya sebab Mak nak saya jadi anak yang berguna.. Tapi percayalah Mak.. Sesungguhnye tak pernah terlintas dalam hati saya nak sakitkan dan susahkan Mak... Saya cuma nak Mak faham saya... Kalau Mak tengah sakit,, mak slalu cakap ,,, Kalau Mak mati suka la kau... Saya selalu diam... Takde respon apa-apa... Sebab saya tak tahu nak cakap apa... Tapi,, sebenarnye Mak.. Saya SAYANG Mak sangat-sangat... Hidup saya,, bangun pagi saya,, apa saje saya buat,,, setiap masa saya fikirkan Mak... Maafkan saya Mak...Ampunkan dosa saya...-----------------------------------


------------------------------>> SELAMAT HARI IBU <<---------------------------------