Saturday, June 04, 2011

Bersumpah

Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:


"Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja."

1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabiIlahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).

2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
i. Membunuh.
ii. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
iii. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
iv. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
v. Melanggar sumpah

3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah. (Bukhari dan Muslim).

Ujian Menghapuskan Dosa

Nabi s.a.w bersabda:


 "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

Tuesday, May 17, 2011

That is Sumthing 3

Gajah adalah satu - satu nya mamalia yang tidak boleh melompat di dunia....

That is Sumthing 2

Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia. Ia telah mengalahkan populasi manusia kerana senang dibiakkan....


Saturday, May 07, 2011

Ibu

Orang kata aku ni di lahirkan dari perut emak...
Di saat aku keluar dari kandungan emak,,, yang paling sakit adalah emak...
Yang paling epy pon mak...
Mak kata perkataan pertama aku sebut adalah EMAK..
Bila aku lapar,,, dialah tukang masak, tukang serve, tukang suap,,,
Bila aku sakit,,, dialah doktor, dialah nurse, dialah ubat,,,
Bila aku buat salah,, dialah orang pertama yg menegur aku...
Bila aku takut,,, dialah nama pertama yg ak sebut


Aku ada pasangan buat masa ini,,,
Bila aku seronok… aku cari pasanganku,,,
Bila aku sedih… Emaklah dr psikologi aku,,,
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku,,,
Bila sambut valentine… Aku hadiahkan sesuatu pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Emak ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Emak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Emak ku



Dulu Ibu kata: “Kalau kau sudah habis belajar dan
berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk emak.. Emak
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.



Tapi sekarang,,,, lima ringgit pon kita xmampu nk ingt tuk beri pada emak kita... 
Tapi sekarang,,, hanya lima saat pon kita xsempat tuk lawat emak kita...


"Renungkan,,, JANGAN LAH SESEKALI KITA LUPA SIAPA DIRI KITA,,, JANGANLAH SESEKALI KITA MEMBESARKAN DIRI KITA DIHADAPAN DIA.. SEDANGKAN DIALAH SEGALANYA SEWAKTU KITA MEMERLUKAN DIA"